Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI






Suasana solat sunat Aidil Fitri di Masjid Annur - 20 September 2009. Selesai solat dan khutbah raya para ahli kariah bersalam salaman memohon ampun dan ma'af di atas segala kesilapan, terkasar bahasa di antara satu sama lain. Bulatan salam tahun ini agak kecil berbanding tahun lepas - mungkin tahun ini lebih ramai ahli kariah pulang ke kampung masing-masing.
Pihak AJK Masjid Annur mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Ma'af Zahir dan Batin untuk semua pengunjung blog ini dan juga ahli kariah USJ 3 & 4. Semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu kembali di Ramadan tahun depan di mana kita berpeluang mempertingkat iman dan ketakwaan kita kepada Allah s.wt.
Amin.

Friday, September 11, 2009

Majlis Khatam Al-Qur'an Muslimah 2009





Pagi tadi (11 September 2009 / Juma'at) diadakan majlis ringkas sempena khatam Al-qur'an bagi kumpulan tadarus muslimah Masjid Annur.