Friday, October 23, 2009

Lembu Korban Aidil Adha





Pagi tadi jam 9.00 pagi (24 Oktober 2009) kami pergi ke ladang ternakan lembu di Kelang untuk melihat lembu yang akan dibeli untuk tujuan korban Aidil Adha. Ini antara lembu-lembunya.

Pemilihan akan dibuat sekali lagi untuk menanda lembu-lembu yang akan dihantar ke Masjid Annur (petang raya i.e 27 November 2009 - Juma'at). Penyembelihan kurban akan dibuat pada 28 November 2009 - Sabtu.

Thursday, October 8, 2009

Annur Photo Network


Visual summary of the two events i.e Majlis Khatam Qur'an & Majlis Terbuka Hari Raya Masjid Annur 2009.

Untuk mendapatkan gambar-gambar peribadi - sila tinggalkan email anda di ruangan 'comment'. Saya akan hantar terus ke email anda. Perkhidmatan adalah percuma.

Saturday, October 3, 2009

MAJLIS KHATAM QUR'AN DAN HARI RAYA

Haji Azmi di meja soto.

Dari kiri ke kanan: Haji Anuar, Haji Zainal, Haji Arifin, Aminuddin
Anak-anak yatim yang dijemput khas.

Bertemu rakan taulan, sahabat dan jiran sambil menjamu selera


Kambing dah habis, yang tinggal ayam. Ayam pun OK.

Tetamu istimewa, Puan Hannah Yeoh dan suami.

Majlis ini terbuka untuk semua kaum.

Kawan-kawan kita di USJ 3 & 4




Majlis hari raya kali ini mendapat sambutan yang membanggakan. Berbagai juadah ada disediakan dan keselesaan tetamu untuk menikmati makanan diambil kira. Khemah dan meja dengan tablecloth berbagai warna ceria.
Tahniah dan terimakasih kepada semua yang membantu menjayakan majlis kita kali ini. Terbukti setiap ahli kariah berperanan menyumbang tenaga masing-masing. Teh Halia Online tahun ini mendapat sambutan yang luar jangkaan, mungkin tahun depan kita buat 3 periuk besar maximum.

Majlis Khatam Qur'an juga berjalan seperti latihan yang diadakan. Semuanya seperti Swiss Clock Work dengan precision yang military.

Untuk makluman, bacaan Qur'an selepas solat subuh telah pun bermula dari awal surah pada 26 September 2009. Program ini diketuai oleh Imam 1. Selepas bacaan diterangkan hukum-hukum tajwid. Ini adalah satu peluang yang amat baik bagi mereka yang ingin memperbaiki bacaan dengan betul. Ilmu yang nilainya amat tinggi dan boleh dibawa ke akhirat ini amat berharga dan Imam 1 berbesar hati untuk mengajarnya secara percuma. Rebutlah peluang ini supaya kita tidak menyesal nanti di hari-hari akhir.