Friday, October 23, 2009

Lembu Korban Aidil Adha





Pagi tadi jam 9.00 pagi (24 Oktober 2009) kami pergi ke ladang ternakan lembu di Kelang untuk melihat lembu yang akan dibeli untuk tujuan korban Aidil Adha. Ini antara lembu-lembunya.

Pemilihan akan dibuat sekali lagi untuk menanda lembu-lembu yang akan dihantar ke Masjid Annur (petang raya i.e 27 November 2009 - Juma'at). Penyembelihan kurban akan dibuat pada 28 November 2009 - Sabtu.

Thursday, October 8, 2009

Annur Photo Network


Visual summary of the two events i.e Majlis Khatam Qur'an & Majlis Terbuka Hari Raya Masjid Annur 2009.

Untuk mendapatkan gambar-gambar peribadi - sila tinggalkan email anda di ruangan 'comment'. Saya akan hantar terus ke email anda. Perkhidmatan adalah percuma.

Saturday, October 3, 2009

MAJLIS KHATAM QUR'AN DAN HARI RAYA

Haji Azmi di meja soto.

Dari kiri ke kanan: Haji Anuar, Haji Zainal, Haji Arifin, Aminuddin
Anak-anak yatim yang dijemput khas.

Bertemu rakan taulan, sahabat dan jiran sambil menjamu selera


Kambing dah habis, yang tinggal ayam. Ayam pun OK.

Tetamu istimewa, Puan Hannah Yeoh dan suami.

Majlis ini terbuka untuk semua kaum.

Kawan-kawan kita di USJ 3 & 4




Majlis hari raya kali ini mendapat sambutan yang membanggakan. Berbagai juadah ada disediakan dan keselesaan tetamu untuk menikmati makanan diambil kira. Khemah dan meja dengan tablecloth berbagai warna ceria.
Tahniah dan terimakasih kepada semua yang membantu menjayakan majlis kita kali ini. Terbukti setiap ahli kariah berperanan menyumbang tenaga masing-masing. Teh Halia Online tahun ini mendapat sambutan yang luar jangkaan, mungkin tahun depan kita buat 3 periuk besar maximum.

Majlis Khatam Qur'an juga berjalan seperti latihan yang diadakan. Semuanya seperti Swiss Clock Work dengan precision yang military.

Untuk makluman, bacaan Qur'an selepas solat subuh telah pun bermula dari awal surah pada 26 September 2009. Program ini diketuai oleh Imam 1. Selepas bacaan diterangkan hukum-hukum tajwid. Ini adalah satu peluang yang amat baik bagi mereka yang ingin memperbaiki bacaan dengan betul. Ilmu yang nilainya amat tinggi dan boleh dibawa ke akhirat ini amat berharga dan Imam 1 berbesar hati untuk mengajarnya secara percuma. Rebutlah peluang ini supaya kita tidak menyesal nanti di hari-hari akhir.


Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI






Suasana solat sunat Aidil Fitri di Masjid Annur - 20 September 2009. Selesai solat dan khutbah raya para ahli kariah bersalam salaman memohon ampun dan ma'af di atas segala kesilapan, terkasar bahasa di antara satu sama lain. Bulatan salam tahun ini agak kecil berbanding tahun lepas - mungkin tahun ini lebih ramai ahli kariah pulang ke kampung masing-masing.
Pihak AJK Masjid Annur mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Ma'af Zahir dan Batin untuk semua pengunjung blog ini dan juga ahli kariah USJ 3 & 4. Semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu kembali di Ramadan tahun depan di mana kita berpeluang mempertingkat iman dan ketakwaan kita kepada Allah s.wt.
Amin.

Friday, September 11, 2009

Majlis Khatam Al-Qur'an Muslimah 2009





Pagi tadi (11 September 2009 / Juma'at) diadakan majlis ringkas sempena khatam Al-qur'an bagi kumpulan tadarus muslimah Masjid Annur.

Saturday, August 15, 2009

Gotong Royong 2009

Gotong royong makan nasik lemak dan teh tarik. Ini semua bakal-bakal AJK.

Mengecat sambil menikmati rendang pokok yang melindungi terik matahari. Bijak, bijak.

Bersih luar dan dalam kawasan masjid.

Bantuan dari ahli Taekwondo. Nak bersih masjid pun pakai khidmat martial art ? he he

Ini masalah mathematics, macam mana nak tarok ini carpet...

'Ini semua kasi clear sekarang jugak!' he he

Kerja berat jadi ringan bila sepakat dan ikhlas.

Tengah gotong royong pun Obama ada call.

Hari ni (16 Ogos 2009 - Ahad) ahli jemaah Masjid Annur bersama-sama bergotong royong membersihkan masjid sebagai persediaan fisikal menyambut bulan Ramadhan. Ini di antara gambar-gambar yang sempat saya ambik.

Saturday, August 8, 2009

Majlis Solat Sunat Dhuha & Hajat









Cerita mengenai majlis ini saya akan file nanti. Buat masa ni saya up-load gambar dulu.

Thursday, July 23, 2009

Wajah-Wajah AJK Sessi 2009-2012


Ini wajah-wajah AJK Masjid An-Nur untuk sessi 2009-2012. Mereka ini dilantik untuk menjalankan tugas melicinkan perjalanan pentadbiran masjid. Kalau silap sila tegur dengan ikhlas.

Untuk lihat lebih jelas, click atas gambar.

Kalau ada masalah sila hubungi saya di 012-989 2309.

Saturday, June 13, 2009

Annur Cycling Caravan

Kat Pensil Terbesar di Dunia.
Ambik gambar sat sebelum gi kayuh mengayuh.

Satu lagi gambar.


Ini poster yang ditampal di tiga bucu Masjid Annur.

Padi tadi tepat jam 7.30 (13 Jun 2009) segerombolan ahli kariah Masjid Annur memulakan kayuhan pertama program Annur Saturday Cycle. Nama ini masih belum dirasmikan tapi sesuai untuk entry ini. Gambar-gambar kayuhan itu akan saya sertakan nanti.

Buat permulaan, kayuhan sejauh lebih kurang 3.5 km mengambil masa 40 minit. Masa ini saya kira sesuai memandangkan mereka yang menyertakan kayuhan kali ini adalah kanak-kanak. Masa dan jarak ini akan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Selepas kayuhan, kami bersarapan di Padang Rekreasi USJ4.

Sertai kami minggu depan.

Cycle Your Way To Health (Insya'Allah)

Monday, June 1, 2009

Peralihan AJK

Satu pertemuan ringkas antara AJK lama dan AJK baru telah diadakan pada hari Sabtu 31/5/2009 jam 9.30 pagi.

Diucapkan selamat bertugas kepada AJK baru.

Sunday, May 24, 2009

اهلاً وسهلاً

مرحبًا

Alhamdulillah mulai sekarang Masjid Annur telah mengorak langkah menampilkan diri secara blog. Diharap blog ini akan dapat memberi manfaat dan sambutan dari ahli qariah

شكرًا