Tahniah dan terimakasih kepada semua yang membantu menjayakan majlis kita kali ini. Terbukti setiap ahli kariah berperanan menyumbang tenaga masing-masing. Teh Halia Online tahun ini mendapat sambutan yang luar jangkaan, mungkin tahun depan kita buat 3 periuk besar maximum.
Majlis Khatam Qur'an juga berjalan seperti latihan yang diadakan. Semuanya seperti Swiss Clock Work dengan precision yang military.
Untuk makluman, bacaan Qur'an selepas solat subuh telah pun bermula dari awal surah pada 26 September 2009. Program ini diketuai oleh Imam 1. Selepas bacaan diterangkan hukum-hukum tajwid. Ini adalah satu peluang yang amat baik bagi mereka yang ingin memperbaiki bacaan dengan betul. Ilmu yang nilainya amat tinggi dan boleh dibawa ke akhirat ini amat berharga dan Imam 1 berbesar hati untuk mengajarnya secara percuma. Rebutlah peluang ini supaya kita tidak menyesal nanti di hari-hari akhir.
No comments:
Post a Comment